Coppedge lawan Jet Propulsion Laboratory Jet_Propulsion_Laboratory

Pada 12hb Mac, 2012, Mahkamah Tinggi Los Angeles mendengar hujah pembukaan di dalam kes saman yang dibuat oleh David Coppedge, bekas pekerja JPL kerana diskriminasi di tempat kerja dan pemecatan salah. Dalam saman itu, Coppedge mendakwa kehilangan kedudukan “ketua kumpulan” dalam misi Cassini-Huygens kendalian JPL pada tahun 2009. Beliau dipecat pada tahun 2011 kerana pegangan evangelis beliau, khususnya kepercayaannya akan pembentukan pintar. JPL melalui guaman Caltech dalam dakwaan balas menyatakan pemecatan Coppedge adalah kesan daripada pengurangan bajet dan pelucutan kedudukan sebagai ketua kumpulan adalah berikutan dengan aduan gangguan dan konflik berterusan dengan rakan sekerja.[13]